Tahun lalu, sebuah kenderaan dengan kamera berdefinisi tinggi (HD) siap dipasang di atasnya mula merantau ke seluruh negara dengan satu tujuan iaitu merakam hampir semua jalan yang berada di negara ini. Ia bagi kegunaan Street View yang menjadi sebahagian fungsi aplikasi Google Maps yang memaparkan gambar sebenar lokasi dalam peta dan kini Google Malaysia mengumumkan