Sejarah dan Asal Usul Kampung

Fasa Pertama

     Pada tahun 1936, penduduk kampong yang hanya seramai 8 keluarga ketika itu tinggal di lembah sungai yang dikenali sebaga “Rekun Reku” yang merupakan penempatan awal penduduk kampung.Pada tahun 1940, mereka mula mencari penempatan baru yang sesuai bagi menampung bilangan penduduk yang kian bertambah.Kira-kia pada tahun 1943, mereka telah berpindah ke penempatan baru yang dikenali sebagai “Braang". Namun semasa tampuk pimpinan ketua kaum Sereng Ak Minong pada tahun 1945, beliau telah mengadakan satu mesyuarat dengan semua ketua keluarga untuk berbincang dan meminta persetujuan daripada penduduk kampung agar nama kampung ditukar. Selepas mengadakan mesyuarat, semua penduduk sebulat suara telah mempersetujui agar nama kampung ditukar kepada kampung “Gerumbing” bersempena dengan nama pokok yang dikenali sebagai pokok “Gerumbing” pada ketika itu yang tumbuh di sepanjang anak sungai kampung.

Fasa Kedua

     Pada tahun 1950, Ketua Kaum Sereng telah dilantik oleh D.O (District Officer) iaitu Tuan Hj. Adnan Bin Hj. Aman sebagai pemanca untuk mentadbir Puncak Sungai Semadang.Satu mesyuarat telah diadakan untuk melantik ketua kaum yang baru bagi mengantikan ketua kaum Sereng.Tuan Hj. Adnan Bin Hj. Aman memita agar penduduk kampung membuat pemilihan dalam kalangan penduduk kampung. Sebaik sahaja pemilihan dibuat, semua penduduk kampung sebulat suara melantik Encik Ngor ak Tunjang sebagai ketua kaum yang baru. Pada tahun 1950 juga, nama kampung ditukar lagi oleh Tuan Hj. Adnan Bin Hj. Aman kepada Kampung Belimbing kerana beliau mengatakan pada nama kampung yang sebelumnya.

Fasa Ketiga

Pada tahun 1964, pentadbiran tentera British sudah berakhir dan diserahkan kawasan sempadan kepada Aska melayu diraja untuk mentadbir kem “Rabak” Padawan.Pada tahun 1967, penduduk kampung pada ketika itu telah diambil untuk bekerja sebagai buruh kasar di kem “Rabak” padawan. Setelah sekian lama penduduk kampung telah mula tertarik dengan keindahan agama islam yang telah disebarkan oleh askar melayu pada masa itu.

     Pada tahun 1968, seramai 13 orang penduduk kampung telah diislamkan Mejar Osen, Sarjan Mejar Jatan dan Ustaz Shamsudin dari Rejimen Askar Melayu Diraja ada ketika itu yang membimbing penduduk kampung yang telah memeluk islam. Namun tidak sampai setahun, 3 orang penduduk lagi telah memeluk islam pada ketika itu. Oleh kerana penduduk sudah mula ramai yang telah memeluk islam, askar melayu telah membuat satu laporan kepada majlis agama islam di pangkalan batu, Kuching untuk membimbing penduduk kampung yang seramai 16 orang untuk mendalami ilmu agama islam dengan lebih mendalam. Pada tahun 1970, Badan Agama Islam NGO iaitu BINA telah memberi peruntukkan sebanyak RM6000.00 kepada SIBIK untuk mendirikan masjid dan dirasmikan oleh Datuk Abang Ikhwan Bin Zaini yang telah siap dibina. Majlis agama islam telah menghantar guru agama Ustaz Tuan Hj. Suud Bin Sulong untuk membimbing penduduk kampung untuk mengenal islam dengan lebih dekat lagi. Namun pada tahun 1972, beliau telah digantikan oleh Ustaz Hadi Bin Wasli dan seterusnya digantikan oleh Tuan Hj. Arfan Bin Salleh pada tahun 1974 dengan dibantu oleh ustazah Hjh. Rogayah kerana pada ketika itu semua penduduk kampung telah memeluk agama islam.

Fasa Empat

Pada tahun 1973, ketua kaum Ngor Ak Tunjang turut tertarik dengan islam. Namun, hayat beliau tidak lama dan meninggal dunia pada 18 jun 1973. Selepas selesai upacara pengebumian Ketua Kaum Ngor atau nama islam beliau Mat nor Bin Tunjang, D.O (District Officer) Tuan Hj. Adnan Bin Hj. Aman meminta agar penduduk kampung memberi mandat kepada Tuan Hj.  Syaid Bin Marzuki untuk mengantikan arwah ekoran pada ketika itu bilangan penduduk kampung yang memeluk islam bertambah seramai 24 keluarga. Semasa tampuk pentadbiran Tuan Hj. Syaid, beliau telah membuat permohonan kepada Residen Tuan Yusuf Bin Hj. Arbi untuk meminta peruntukkan bagi membina petempatan yang khusus kepada penduduk kampung yang memeluk islam.

Pada tahun 1974, permohonan K.K Tuan Hj. Syaid telah diluluskan oleh Ketua Menteri Sarawak Tun Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman Bin Ya’akob. Beliau telah membawa rombongan dari Tanah Arab untuk melihat keadaan sebenar penduduk islam saudara baru di kampung belimbing pada ketika itu. Ali Ovaibi, Menteri Wakaf dari Libya telah memberi peruntukkan sebanyak RM250,000.00 untuk membina rumah kepada penduduk kampung yang memeluk islam sekaligus pada ketika itu juga nama kampung turut ditukar kepada kampung darul islam belimbing.

Pada tahun 1976, K.K Hj. Syaid telah dinaikkan pangkat sebagagi penghulu kampung.Pada 10 Mac 1980 Encik Suhaimi Bin Ahmad Zaidi telah dilantik sebagai ketua kaum yang baru di atas persetujuan penduduk kampung.Pada ketika itu juga, Tuan Hj. Syaid telah memaklumkan kepada Ketua Menteri bahawa rumah panjang sudah siap dibina. Maka, pada 10 Mei 1980 Ketua menteri membuat perasmian di rumah panjang tersebut dan secara rasminya pada ketika itu penduduk kampung darul islam belimbing berpindah ke penempatan yang baru. Bersempena dengan hari yang penuh bersejarah itu, penduduk kampung akan menyambut ulang tahun kampung setiap tahun pada 10 Mei untuk memperingati penghijrahan penduduk kampung ke penempatan baru dan bagi mengenang jasa baik pihak yang terlibat dalam mengembeleng tenaga untuk menyiapkan rumah panjang tersebut.

Pada tahun 1991, Tuan Hj. Syaid sudah tamat tempoh perkhidmatan sebagai penghulu kampung. Maka, K.K suhaimi telah mengambil alih tugas beliau sebagai penghulu kampung dan pada ketika itu juga, Encik Hussein Bin Banyak telah dilantik sebulat suara oleh penduduk kampung sebagai ketua kaum yang baru dan pelantikan beliau berkuatkuasa pada bulan mac tahun 1991 sehingga tahun 2016 sekarang.