KISAH KEJAYAAN CELIK IT Q2 2023 PEDi Kg Darul Islam Belimbing

LATAR BELAKANG CALON :

Nama : MOHAMAD NAZIRUL AZMI BIN IBRAHIM

Umur : 11 Tahun

Pekerjaan : Pelajar

Pendidikan : Sekolah Rendah St Edward Belimbing Padawan

 

Latar belakang

Adik Mohammad Nazirul Ami Bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Azmi merupakan pelajar Tahun 5 di Sk St Edward Belimbing,Padawan. Beliau berasal dari Kampung Darul Islam Belimbing.

Setiap hujung minggu dan cuti sekolah beliau menghabiskan masa untuk mengikuti Latihan ICT di PEDi dan terlibat dengan pelbagai aktiviti yang di anjurkan di PEDi Kg Darul Islam Belimbing pada hujung minggu mahupun pada musim cuti sekolah. Beliau merupakan salah satu peserta atau ahli PEDi yang sangat aktif.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti PEDi, adik Irfan tidak mengetahui tentang cara-cara menggunakan komputer dan kurang kesedaran akan kepentingan dan fungsi Microsoft Office dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat. Hal ini ditambah lagi dengan kurangnya pendedahan berkaitan komputer sama ada di sekolah mahupun di rumah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mendaftar sebagai ahli PEDi dan menghadiri kelas ICT yang diadakan, adik Irfan kini boleh menggunakan internet dan Microsoft Office lebih mahir. Beliau sering berkunjung ke PEDi untuk melayari aplikasi permainan pendidikan seperti ABCya, Kuiz online dan juga Youtube. Kekerapan adik Azmi menyertai kelas ICT menjadikan dia kini mahir menaip, menyunting gambar dan menghasilkan video menggunakan powtoon.

Apa yang dipelajari melalui PEDi

-       Mempelajari Ms.Office word, excel, paint, publisher, canva, Capcut dan Powtoon.

-       Kuiz online

-        Mempelajari cara mencipta kad ucapan, poster dan video.

-       Cara yang betul dalam mencari maklumat menggunakan google.

-       Mempelajari etika dan tangunggjawab sebagai pengguna di internet.

 

 

Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-       Membimbing dan memberikan latihan asas komputer.

-       Memberi cenderahati sebagai galakan untuk meningkatkan semangat mereka terus belajar dan tidak berasa jemu dalam menimba ilmu.

-       Mengadakan pertandingan untuk meningkatkan lagi kemahiran ICT peserta.

-       Sentiasa memantau tahap ICT ahli PEDi.